Thursday, 18 September 2014

Petua Memutihkan Kulit Muka Dengan Cepat.

2 Petua Memutihkan Kulit Muka Dengan Cepat.

Setiap orang menginginkan kulit wajah yang menarik, putih dan berseri terutamanya wanita. Namun sekarang kaum adam pun tidak ketinggalan dalam penjagaan kulit wajah. Disini aku nak sharekan sedikit petua untuk anda semua:-

1.BERAS PULUT

Ia berfungsi untuk menanggalkan daki dan sel-sel mati serta menghaluskan kulit. Manakala serbuk beras pulut dan beras pulut hitam khusus untuk menanggalkan sel kulit mati, mengurangkan parut, di samping memerah dan memutihkan kulit wajah dan badan.

Cara-Caranya:
1. Rendam beras pulut hingga lembut, kemudian tumbuk sehingga lumat.

2. Sebelum mandi, lumurkan seluruh wajah & badan dengan beras yang ditumbuk.

3. Biarkan lumuran tadi separuh kering dan sental kulit anda perlahan-lahan.Manakala bahagian muka pula, sental dgn lembut ye..

4. Bilas muka & badan anda dengan air mandian. Amalkannya sekerap yang mungkin.

5. Untuk hasil yang terbaik amalkan,2 kali seminggu.Kulit muka & tubuh anda dijamin akan cerah.



2.KOPI

Serbuk kopi akan menghasilkan minyak anti-oksidan. Ia berfungsi menghaluskan serta mencerahkan kulit anda.kalau nak putih satu badan aku suggest just lulur kopi tersebut.LoL

Caranya;

1. Tumbuk biji kopi sampai halus.

2. Campurkan serbuk kopi dengan minyak zaitun dan tepung sengkuang mengikut kadar yang secukupnya.

3. Kacau kesemua bahan hingga rata.

4. Kemudian, sapukannya pada muka serta seluruh anggota badan anda.

5. Sambil menyapu, gosokkan secara lembut campuran tadi pada tubuh anda.

6. Seterusnya, biarkan ia selama 1 jam. Tujuannya supaya minyak dalam kopi tadi menyerap ke dalam tubuh anda dengan sempurna.

7. Akhir sekali, bilas tubuh anda dengan air yang dicampurkan dengan sedikit garam. Lepas tu anda bolehlah mandi seperti biasa.



itulah sedikit sebanyak petua yang aku nak sharekan, semoga petua nie akan dapat membantu anda...jangan lupa amalkan secara konsisten ye...SELAMAT MENCUBA!!!
Share:

Sunday, 14 September 2014

Cara Putihkan Kulit Muka Dengan Cepat

Terdapat banyak cara untuk kita putihkan muka yang boleh kita ikut.

Tips harini, aku nak share pasal cara-cara menjadikan kulit muka anda putih berseri memandangkan ada kawan-kawan FB yang bertanya. alahai kulit muka aku pun bukan putih sangat, gelap je. tapi aku suka amalkan petua-petua nie untuk jaga kecantikan kulit muka yang tak seberapa nie. insyaallah, dapat jugak dikongsikan bersama dengan anda di blog maha picisan nie. aku ada satu tips je, boleh lah try eh !

1. Pakai air cucian beras sekali seminggu.

-  Cara-cara :-


1) lepas anda dah basuh-basuh gaul-gaul beras dalam air tu, pastikan anda buang dulu air basuhan yang pertama. air basuhan beras yang pertama tu agak kotor dan tak sesuai nak pakai untuk kulit muka. so, anda amik air basuhan beras yang kedua dan letak kat dalam bekas lain.


2) sebelum basuh dengan air basuhan beras tu, pastikan anda basahkan dulu muka anda dengan air yang bersih.



3) bila dah basahkan muka, barulah anda cuci-cuci jirus-jirus kulit muka anda dengan air basuhan beras tadi. basuh dan gosok perlahan-lahan.



4) pastikan air basuhan beras tu kena dan rata di semua bahagian muka anda. kat celah-celah lubang hidung pun kena basuh.



5) bila dah selesai, basuh semula muka anda dengan air yang bersih. buat benda nie diwaktu malam sebelum tido. tapi boleh buat bila2 masa sebenarnya.

so, itu sahaja yg aku dapat share buat masa nie, kena ingat, benda nie kena buat tiap2 hari, kena disiplin kalau nak hasil yang terbaik...SELAMAT MENCUBA!!!
Share:

BTemplates.com