Sunday, 14 September 2014

Cara Putihkan Kulit Muka Dengan Cepat

Terdapat banyak cara untuk kita putihkan muka yang boleh kita ikut.

Tips harini, aku nak share pasal cara-cara menjadikan kulit muka anda putih berseri memandangkan ada kawan-kawan FB yang bertanya. alahai kulit muka aku pun bukan putih sangat, gelap je. tapi aku suka amalkan petua-petua nie untuk jaga kecantikan kulit muka yang tak seberapa nie. insyaallah, dapat jugak dikongsikan bersama dengan anda di blog maha picisan nie. aku ada satu tips je, boleh lah try eh !

1. Pakai air cucian beras sekali seminggu.

-  Cara-cara :-


1) lepas anda dah basuh-basuh gaul-gaul beras dalam air tu, pastikan anda buang dulu air basuhan yang pertama. air basuhan beras yang pertama tu agak kotor dan tak sesuai nak pakai untuk kulit muka. so, anda amik air basuhan beras yang kedua dan letak kat dalam bekas lain.


2) sebelum basuh dengan air basuhan beras tu, pastikan anda basahkan dulu muka anda dengan air yang bersih.



3) bila dah basahkan muka, barulah anda cuci-cuci jirus-jirus kulit muka anda dengan air basuhan beras tadi. basuh dan gosok perlahan-lahan.



4) pastikan air basuhan beras tu kena dan rata di semua bahagian muka anda. kat celah-celah lubang hidung pun kena basuh.



5) bila dah selesai, basuh semula muka anda dengan air yang bersih. buat benda nie diwaktu malam sebelum tido. tapi boleh buat bila2 masa sebenarnya.

so, itu sahaja yg aku dapat share buat masa nie, kena ingat, benda nie kena buat tiap2 hari, kena disiplin kalau nak hasil yang terbaik...SELAMAT MENCUBA!!!
Share:

0 comments:

Post a Comment

BTemplates.com